
…

…

…

…

…

…

…
Azlan Sensei, iaitu nama yang tidak asing lagi di dunia pembelajaran bahasa Jepun. Dengan kaedah pembelajarannya yang pelbagai jenis yang terdiri daripada kelas online, kelas bersemuka, kelas e-learning, e-book dan juga buku fizikal yang ditulisnya sendiri, Azlan Sensei pernah mengajar pelajar seawal usia 6 tahun sehinggalah umur melebih 45 tahun.
Kepada mereka yang diluar sana yang bukan dalam bidang pembelajaran bahasa Jepun, mungkin tidak mengenali Azlan Sensei. Akan tetapi kepada mereka yang selalu mengikuti perkembangan berkenaan bahasa Jepun ini, nama Azlan Sensei memang tidak dapat dipisahkan daripada bahasa Jepun itu sendiri.
Faktor utama Azlan Sensei membuat keputusan untuk berkongsi ilmu bahasa Jepun ini adalah disebabkan minat yang mendalam terhadap bahasa Jepun itu sendiri. Dan disebabkan minat yang mendalam inilah yang membuatkan Azlan Sensei masih teguh berdiri dalam perjalanan mengajar bahasa Jepun walaupun banyak halangan terpaksa dilalui.
Dengan menggunakan pengalamannya TINGGAL DI JEPUN SELAMA 10 TAHUN, sesi pembelajaran bahasa Jepun Azlan Sensei tidak terhad kepada ilmu bahasa Jepun yang ada di dalam buku semata-mata. Ilmu bahasa Jepun yang hanya boleh didapati melalui pengalaman ketika tinggal di negara Jepun dan berkomunikasi secara langsung dengan orang Jepun dari pelbagai bidang juga akan disampaikan oleh Azlan Sensei di dalam kelasnya.
Walaupun ramai di antara followers yang ingin Azlan Sensei mengembangkan lagi perkhidmatannya dengan membuat pakej pelancongan ke Jepun dan review masakan di restoran Jepun, akan tetapi Azlan Sensei masih tetap dengan pendiriannya untuk fokus kepada mengajar bahasa Jepun semata-mata. Kerana baginya, FOKUS MENGAJAR BAHASA JEPUN itu adalah sangat penting dan lebih memberi kesan terhadap pencapaian pelajar-pelajarnya.
Untuk anda yang ingin belajar bahasa Jepun dengan lebih mendalam, boleh hubungi Azlan Sensei samada melalui FB facebook.com/azlansenseiofficial , IG instagram.com/azlansenseiofficial , e-mail azlansenseiofficial@gmail.com , ataupun whatsapp 018-977-4729 .