Mina-san,
Ogenki desu ka?
Di sini saya akan menerangkan apa kelebihannya jika anda boleh berbahasa Jepun. Semua sekali ada 15 kelebihan (banyak lagi sebenarnya, cuma untuk kali ini saya akan kongsikan yang ini sahaja dulu…dan kelebihan no.15 adalah yang paling BEST!).
1) BOLEH BERCAKAP DENGAN ORANG JEPUN !
Anda boleh bercakap dengan orang Jepun tak kira di mana-mana sahaja samaada orang itu ialah pelajar, pekerja ataupun boss anda sendiri.
2) BOLEH MENONTON CERITA TV JEPUN !
Biasanya drama ataupun rancangan television Jepun tidak mempunyai alih bahasa (bahasa Inggeris, bahasa Malaysia apatah lagi). Oleh itu, jika anda boleh memahami bahasa Jepun, anda tidak lagi berasa bosan ketika menonton tv.
3) BOLEH MENDENGAR RADIO JEPUN !
Inipun sama seperti di atas. Ketika anda memandu ataupun ketika berada di dalam keretapi di sana, anda boleh mendengar radio Jepun samaada lagu Jepun ataupun celoteh DJ di sana.
4) SENANG UNTUK MELANCONG KE JEPUN !
Sudah semestinya, jika anda boleh berbahasa Jepun, anda hampir tidak mengalami kesusahan ketika melancong ke sana. Sebagai contoh, kalau anda tersesat jalan, anda hanya perlu bertanya jalan yang betul kepada orang di sana.
5) BOLEH JIMAT DUIT KETIKA MELANCONG KE JEPUN !
Ini pun satu lagi kelebihan jika anda mempunyai kelebihan boleh berbahasa Jepun. Lebih senang untuk anda survey, manakah options yang murah dan terbaik untuk pergi ke sesuatu tempat.
6) SENANG UNTUK DAPAT PELUANG BELAJAR KE JEPUN !
Khasnya kepada sesiapa yang baru melepasi peperiksaan akhir menengah tinggi (SPM dan sebagainya), peuang anda adalah lebih cerah jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain.
7) SENANG DAPAT KERJA DI SYARIKAT JEPUN !
Ini memang berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jika anda mahu bekerja di syarikat Jepun, dan boss di situ pun orang Jepun, anda memang amat bertuah jika mempunyai kemahiran berbahasa Jepun.
8) PELUANG BESAR UNTUK KE JEPUN JIKA BEKERJA DI SYARIKAT JEPUN !
Ini pun dialami oleh diri saya sendiri. Jika syarikat memerlukan seseorang untuk pergi ke Jepun di atas dasar membuat perbincangan dengan orang Jepun, sudah semestinya anda adalah di antara orang yang pertama yang akan dipilih oleh pihak atasan.
9) SENANG UNTUK BUAT BISNES DENGAN ORANG JEPUN !
Jika anda sudah tahu berbahasa Jepun, sudah semestinya bisnes partner warganegara Jepun akan memilih seseorang yang boleh berbahasa Jepun jika dibandingkan dengan yang tidak boleh berbahasa Jepun.
10) BOLEH BELI BARANG DARI JEPUN SECARA MURAH !
Ya, banyak barang-barang Jepun yang berkualiti yang boleh dibeli secara online sekarang. Yang perlunya lagi ialah di mana untuk anda mencari barang-barang tersebut, dan meneliti syarat-syarat dan kelebihan-kelebihan yang ada di website penjual.
11) BOLEH MENJADI LEBIH BERDISIPLIN KERANA TERIKUT-IKUT PERANGAI ORANG JEPUN !
Memang perangai orang Jepun adalah mengikuti peraturan seperti peraturan jalan raya dan juga kepatuhan mereka terhadap peraturan syarikat.
12) BOLEH MENJADI SESEORANG YANG MENEPATI MASA (SEBAB CIRI-CIRI ORANG JEPUN MEMANG MACAM INI) !
Yang ini semua orang sudah tahu, tidak perlu saya terangkan lagi tentang sikap baik ini yang ada pada orang Jepun
13) SENANG UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TERBARU DARI JEPUN !
Banyak bahan elektronik dan juga kereta-kereta terbaru buatan Jepun yang memang berteknologi tinggi. Terkadang kita pula yang tak terkejar dengan teknologi mereka!
14) ANDA AKAN JADI LEBIH PEMBERSIH (BUDAYA JEPUN) !
Sebagai contoh, jika mereka pergi ke sesuatu taman untuk mengadakan majlis. Kesemua mereka akan membawa balik sampah ke rumah masing-masing jika di situ tiada tong sampah yang disediakan. Ini adalah budaya yang sangat bagus.
15) SUDAH SEMESTINYA ANDA AKAN MERASAKAN HIDUP ANDA LEBIH BEST DAN BERMAKNA DISEBABKAN FAKTOR-FAKTOR DI ATAS. BAYANGKAN JIKA ANDA MEMILIKI SEMUA KELEBIHAN DI ATAS JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KAWAN-KAWAN ATAU AHLI KELUARGA YANG LAIN, MESTILAH TERSANGAT BEST KAN !
Jika anda berminat untuk belajar bahasa Jepun, saya mengalu-alukan anda untuk turut serta dalam kelas saya nanti. Kelas yang amat sesuai untuk bakal pelajar yang mahu mendalami bahasa Jepun secara lebih sistematik dan bersilibus.
Penekanan diberi kepada perbualan dan cara sebutan supaya pelajar akan lebih senang untuk berkomunikasi dengan orang Jepun di kemudian hari.
Maklumat lanjut tentang kelas (bila, di mana, masa, yuran dan sebagainya) ada diterangkan di muka depan website ini » KELAS BAHASA JEPUN
One response to “15 kelebihan jika anda boleh berbahasa Jepun”
[…] Klik di sini untuk ’15 Kelebihan Jika Anda Boleh Berbahasa Jepun’ […]