blog

3 kaedah utama memahirkan bahasa Jepun anda

Apa khabar semua?

Hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua 3 kaedah atau pun cara untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Jepun anda. Sebenarnya terdapat pelbagai keadah yang boleh diamalkan, tetapi berdasarkan pengalaman saya, inilah 3 cara yang paling berkesan yang patut diamalkan oleh pelajar-pelajar bahasa Jepun.

Kaedah pertama ialah berkenaan dengan persekitaran. Jika anda mempelajari bahasa Jepun, anda perlu ‘memasukkan’ diri anda di dalam persekitaran bahasa Jepun. Sebagai contoh, anda perlu bergaul dengan orang Jepun, perlu mendengar radio dalam bahasa Jepun, perlu sentiasa membaca buku dalam bahasa Jepun dan sebagainya.

Kaedah kedua ialah anda perlu berfikir dalam bahasa Jepun. Maksudnya di sini, anda perlu berfikir dalam bahasa Jepun secara langsung berkenaan perkataan, tatabahasa serta penggunaan ayat. Tidak digalakkan untuk berfikir dalam bahasa anda sendiri, kemudian baru tukar ke bahasa Jepun. Untuk permulaan memang susah untuk mengamalkan cara ini, tetapi percayalah bahawa ianya amat berkesan.

Kaedah ketiga dan yang paling penting ialah anda mesti mempraktikkan bahasa Jepun anda sepanjang masa. Tiada gunanya jika anda mempunyai ilmu bahasa Jepun yang banyak tetapi tidak mempraktiknya kerana pembelajaran bahasa memerlukan pengamalan bahasa tersebut.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Kita jumpa lagi di masa yang akan datang.

P/S : Jika anda ingin belajar bahasa Jepun dengan lebih mendalam, anda boleh klik di sini untuk pembelajaran secara online yg anda boleh belajar di mana2 sahaja dan pada bila2 masa sahaja.

-AzlanSensei-