
5 NASIHAT APABILA BELAJAR BERTUTUR BAHASA JEPUN
Anda mungkin perlu untuk belajar bahasa Jepun kerana anda akan mengembara ke Jepun dan mahu membiasakan diri anda dengan perkataan-perkataan dan frasa-frasa bahasa Jepun yang popular. Atau, anda pernah mempelajari bahasa Jepun beberapa tahun sebelum ini dan sekarang anda sedang mencari kursus ulangkaji.
Mungkin juga anda sangat berminat dalam mempelajari untuk bercakap dalam bahasa Jepun hanya kerana anda menyukai bahasa Jepun. Apa sahaja alasan bagi keinginan anda untuk mempelajarai bahasa Jepun, anda harus ingat akan nasihat-nasihat di bawah ini.
Nasihat #1 : Ada banyak aspek bahasa Jepun yang anda perlu pertimbangkan. Walaubagaimanapun, bermula dengan asas ucapan adalah yang terbaik untuk anda mulakan. Sebagai contoh, anda patut belajar perkataan-perkataan dan frasa-frasa seperti “hello”, “apa khabar?”, “terima kasih” , “jumpa lagi” dan sebagainya terlebih dahulu. Kemudian, praktis dengan menggunakannya di dalam perbualan harian bersama mereka yang bercakap bahasa Jepun.
Nasihat #2 : Jika anda anda mahu belajar bahasa Jepun agar anda dapat memahami lebih lagi tentang etika dan budaya orang Jepun, mungkin yang terbaik untuk anda ialah dengan memasukkan unsur-unsur budaya Jepun ketika proses pembelajaran. Saya biasanya akan memasukkan sedikit-sebanyak budaya dan cara hidup orang Jepun di dalam silibus pembelajaran saya.
Nasihat #3 : Mendengar audio perbualan ataupun memerhati mereka yang fasih bercakap berinteraksi antara satu sama lain. Apabila mendengar orang lain bercakap bahasa Jepun, anda akan lebih bersemangat untuk meneruskan pembelajaran bahasa Jepun
Nasihat #4 : Memahami dan menggunakan bahasa harian membantu anda untuk menjadi fasih dalam bahasa Jepun. Di samping fokus kepada frasa-frasa asas seperti “hello” dan “selamat pagi”, elok juga untuk anda fokus tentang bagaimana untuk memulakan interaksi dengan bertanya soalan-soalan seperti “apakah nama anda?”, atau “apakah pekerjaan anda?”.
Nasihat #5 : Jangan malu untuk melakukan kesilapan ketika membaca, menulis atau bercakap dalam bahasa Jepun, sebaliknya cubalah belajar daripada kesilapan. Buat rekod apabila anda mempraktis bercakap bahasa Jepun supaya anda tahu tentang kesilapan anda dalam sebutan dan intonasi. Kebolehan untuk mengetahui kelemahan anda ketika mempelajari bahasa Jepun adalah cara yang terbaik memperbaiki pembelajaran.
P/S : Jika anda ingin belajar bahasa Jepun dengan lebih mendalam, anda boleh klik di sini untuk pembelajaran secara online yg anda boleh belajar di mana2 sahaja dan pada bila2 masa sahaja.
-AzlanSensei-

