blog

5 Tips Untuk Membantu Anda Memulakan Pembelajaran Bahasa Jepun

Mempelajari bahasa Jepun boleh menjadi satu cabaran kerana bahasanya ditulis berlainan dengan bahasa Inggeris. Bagaimanapun, mempelajari bahasa Jepun boleh menjadi seronok dengan beberapa tips seperti di bawah ini. Tak lupa juga dengan sedikit sebanyak ketabahaan dan kesabaran, anda sebenarnya boleh belajar bahasa Jepun dengan cepat dan menikmatinya. 

Ini adalah beberapa tips untuk membantu anda bermula jika anda ingin mempelajari bahasa Jepun. 

1 ) Mendengar audio dan percakapan yang direkod dalam bahasa Jepun.

Mendengar membolehkan anda mengambil perhatian mengenai corak pic, intonasi dan juga bagaimana mereka menyebut perkataan-perkataan. Anda mungkin tidak mempunyai idea bagaimana rupa perkataan-perkataan ini di atas kertas, tetapi melalui permulaan pendengaran yang bagus, sebenarnya anda boleh belajar sedikit demi sedikit tentang cara sebutan bahasa Jepun. 

2 ) Anda boleh menggunakan huruf Roman (alphabet) dahulu untuk belajar perbualan bahasa Jepun dengan pantas. 

Ya, anda boleh bermula dengan menulis perbualan bahasa Jepun menggunakan huruf Roman, supaya ianya boleh membantu anda untuk bercakap bahasa Jepun dengan pantas. Inilah sebenarnya cara utama dalam mengajar bahasa Jepun yang disediakan oleh AzlanSensei™   untuk tahap ‘asas’ dan ‘pertengahan’. Anda boleh belajar bagaimana untuk bercakap dengan lebih pantas berbanding dengan cara tradisional atau konvensional. 

3 ) Belajar frasa lazim Bahasa Jepun.

Bagi membolehkan anda mempelajari bahasa Jepun dengan pantas, belajarlah frasanya, terutamanya yang lazimnya digunakan dalam perbualan seharian.

4 ) Pastikan sebutan anda betul.

Sebutan adalah sangat penting ketika mempelajari bahasa Jepun. Ini adalah kerana orang lain mungkin tidak akan memahami apa yang anda katakan jika sebutan bahasa Jepun anda tidak betul. Ini menjadi sebab utama mengapa kaedah AzlanSensei™ lebih fokus kepada sebutan, perbualan dan percakapan di sepanjang pembelajaran.

5 ) Mencari guru (sensei) bahasa Jepun

Anda boleh belajar melalui guru bahasa Jepun (sensei) untuk memudahkan anda dalam proses pembelajaran. Dengan cara ini ianya akan mempercepatkan lagi proses pembelajaran disebabkan ada panduan yang sangat berguna daripada sensei untuk anda belajar. Selain itu, jika ada sesuatu yang anda tidak faham ketika belajar, anda boleh bertanya secara langsung dengan sensei, ini juga adalah sesuatu kelebihan yang sangat bernilai

P/S : Jika anda ingin belajar bahasa Jepun dengan lebih mendalam, anda boleh klik di sini untuk pembelajaran secara online yg anda boleh belajar di mana2 sahaja dan pada bila2 masa sahaja.

-AzlanSensei-