5 ucapan paling terkenal dalam bahasa Jepun


Terima kasih kepada para pelajar saya di luar sana yang sudi belajar dengan saya untuk kali ini.

3 Kaedah Utama Belajar Bahasa Jepun

Hari ini saya akan memberitahu anda semua berkenaan dengan ucapan dalam bahasa Jepun. Kebanyakan anda semua di sini mungkin pernah medengar beberapa ucapan dalam bahasa Jepun, tetapi kali ini saya akan memberitahu kalian beberapa ucapan bahasa Jepun yang paling kerap di ucapkan mengikut pengalaman saya sendiri.

1. ARIGATOU GOZAIMASU

Ucapan ini bermakna terima kasih. Penggunaannya pun lebih kurang sama dengan bahasa Melayu,iaitu ketika seseorang melakukan sesuatu atas dasar membantu anda, maka ucapan terima kasih adalah ucapan yang paling sesuai untuk digunakan.

2. OHAYOU GOZAIMASU

Kita semua biasanya akan mendengar ucapan ini di waktu pagi. Kerana apa? Kerana ucapan ini bermaksud ‘selamat pagi’, dan semestinya diucapkan ketika waktu pagi (sebelum pulul 12 tengah hari).

3. KONNICHIWA

Ucapan bahasa Jepun ini bermakna selamat tengah hari. Seperti yang sedia maklum, ucapan ini digunakan ketika waktu tengah hari ketika anda berjumpa dengan dengan kawan-kawan ataupun rakan sekerja. Ianya juga boleh digunakan untuk bahasa ucapan ketika bertemu dengan ‘boss’ ataupun ‘customer/supplier’.

4. OGENKI DESU KA?

Ucapan ini digunakan sebagai pertanyaan untuk bertanya khabar. Kebiasaannya ia digunakan ketika bertemu dengan seseorang yang sudah kita kenali dan sudah lama tidak berjumpa dengan orang tersebut. Dalam bahasa Melayu, ia boleh diterjemahkan sebagai ‘apa khabar?’.

5. MATA NE

Ucapan ‘mata ne’ yang bermaksud ‘jumpa lagi’ ini digunakan ketilka anda mengakhiri perbualan dan berharap akan berjumpa lagi dengan orang yang anda sedang bercakap. Selepas anda mengucapkan ‘mata ne’, kebiasaannya orang tersebut juga akan mengucapkan ucapan yang sama.

Ini sahaja pembelajaran kita untuk hari ini. Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua. Seperti biasa, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan dan ahli keluarga anda (mungkin ada di antara mereka yang berminat untuk belajar bahasa Jepun tetapi tiada peluang yang sesuai dan sebagainya.

Kepada sesiapa yang berkesempatan untuk belajar secara lebih mendalam, anda boleh mengikuti kelas bahasa Jepun yang dianjurkan oleh saya sendiri. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang di bawah:

www.azlansensei.com

Ok semua, jumpa lagi di kelas nanti, mata ne.

Cikgu Bahasa Jepun – Azlan Sensei


2 responses to “5 ucapan paling terkenal dalam bahasa Jepun”