
Berapa lama masa diperlukan untuk mahir bahasa Jepun?
Ramai yang tanya saya berapa lama masa diperlukan untuk mahir berbahasa Jepun ni ???
OK, soalan ni antara soalan yang paling banyak saya terima. Jawapan pendeknya ialah ianya memakan masa bertahun-tahun.
Jawapan panjangnya pula saya ada explain seperti di bawah ni.
Pertamanya, kita bahagikan terlebih dahulu ilmu bahasa Jepun ni kepada beberapa level.
Level paling senang ialah level beginner, selepas itu ialah level pre-intermediate, intermediate, pre-advance dan juga advanced.
- beginner
- pre-intermediate
- intermediate
- pre-advance
- advanced
Untuk setiap level ini saya boleh katakan akan memakan masa biasanya dalam 6 bulan sehingga ke setahun.
Kenapa banyak bezanya di antara 6 bulan sehingga ke setahun?
Jawapannya ialah ianya bergantung kepada banyak faktor seperti ;
- kesungguhan pelajar itu sendiri
- berapa lama masa yang disediakan untuk belajar bahasa Jepun setiap minggu
- tujuan asal belajar tu memang untuk jadi pandai ataupun untuk mengisi masa lapang sahaja
- minat untuk belajar tu datangnya daripada diri sendiri ataupun ibubapa ataupun boss yg suruh belajar
- cara pembelajaran adalah secara belajar sendiri, group lesson ataupun personalise 1to1 lesson
Konklusinya, jika setiap level memerlukan 6 bulan sehingga setahun, bermaksud untuk mahir dalam kesemua 5 level akan memakan masa dalam 2 tahun setengah sehingga 5 tahun.
Masa diperlukan untuk mahir bahasa Jepun yang saya terangkan di atas ni pun sebenarnya adalah secara purata sahaja, oleh itu akan ada perubahan dari segi masa jika pelajar tersebut bergantung kepada faktor-faktor tersebut.
P/S : Jika anda ingin belajar bahasa Jepun dengan lebih mendalam, anda boleh klik di sini untuk pembelajaran secara online yg anda boleh belajar di mana2 sahaja dan pada bila2 masa sahaja.
-AzlanSensei-

