Dalam bentuk penulisan, bahasa Jepun adalah salah satu daripada Bahasa yang menaik tetapi agak susah untuk dipelajari oleh orang asing. Terutamanya kepada bahasa yang dipelajari berdasarkan 26 huruf abjad, tulisan Jepun tiada langsung mempunyai ciri-ciri yang sama. Ada tiga jenis ‘abjad’ dalam Bahasa Jepun iaitu Hiragana, Katakana dan Kanji. Dua jenis ‘adjad’ yang pertama termasuk dalam golongan ‘kana’ dan setiap ‘kana’ ini terdiri daripada 46 tulisan utama. “Abjad’ yang ketiga adalah tulisan yang berbentuk ‘simbol’ yang dipanggil sebagai Kanji.
15 kelebihan jika anda boleh berbahasa Jepun
Tiada diketahui jumlah Kanji yang sebenar, tetapi ada pendapat yang menyatakan terdapat lebih daripada 5000 jenis symbol untuk Kanji. Di masa yang lalu, negara Jepun tidak mempunyai tulisan Jepun yang tersendiri, oleh itu tulisan Cina telah dipinjam dan digunakan dalam kehidupan seharian. Dalam masa tersebut, tulisan Kanji itu sendiri mengalami ‘perubahan’ mengikut peredaran masa dan zaman. Untuk memudahkan penggunaan tulisan ‘Kanji’ ini, pada tahun 1945 kerajaan Jepun telah menyenaraikan lebih kurang 2000 kanji yang perlu dipelajari untuk memahirkan diri dalam Bahasa Jepun.
Berbeza degan Kana yang mempunyai suku kata yang tetap, Kanji mempunyai suku kata yang tersendiri. Dalam kata lain, satu bentuk Kanji boleh mewakili beberapa suku kata yang berlainan. Yang menarik tentang Kanji ialah, setiap satu bentuk hurufnya seakan-akan mempunya bentuk maknanya. Seperti contoh, satu garisan melintang mewakili makna satu, dua garisan melintang mewakili makna dua. Tak lupa juga, jika dilihat kanji pokok, ianya akan dilihat seakan-akan bentuk pokok.
5 ucapan paling terkenal dalam bahasa Jepun
Walau apa pun, untuk memahirkan diri dalam tulisan Jepun, latihan yang berulang-ulang kali adalah sangat penting. Tidak dilupakan juga, penggunaan dalam kehidupan seharian adalah satu lagi kaedah untuk mempercepatkan kemahiran bahasa Jepun anda.
Jangan berputus asa dan sentiasa mencari ilmu adalah kunci kepada segala kejayaan !
Anda mahu belajar bahasa Jepun secara santai tetapi efektif?
Sila klik di sini » kelas bahasa Jepun
One response to “Pengenalan Kepada Tulisan Jepun”
[…] Klik di sini untuk ‘Pengenalan Kepada Tulisan Jepun’ […]